Terma & Syarat
1. Peraduan “Rasaku Malaysiaku” (“Peraduan”) ini dianjurkan oleh Rasaku Marketing Sdn Bhd
(244958-H) (“Penganjur”) dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia (setiap “Peserta” dan secara kolektif “Para Peserta”). Penganjur berhak untuk meminta dokumen pengenalan sebagai bukti dan untuk tujuan pengesahan identiti Peserta. Golongan individu berikut adalah terkecuali:
a) Rakyat Malaysia yang berumur di bawah 18 tahun (pada 1 Ogos 2019).; atau
b) Kakitangan Penganjur (termasuk syarikat yang bersekutu dan berkaitan dengannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik, termasuk pasangan); atau
c) Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pengiklanan dan/atau penyedia khidmat promosi Penganjur (termasuk syarikat yang bersekutu dan berkaitan dengannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik, termasuk pasangan).
2. Peraduan ini akan berlangsung dari 1 Ogos 2019 hingga 16 September 2019 (“Tempoh peraduan”). Pihak Penganjur berhak menurut budi bicara mutlaknya untuk mengubah, menangguhkan, menjadualkan semula dan/atau melanjutkan Tempoh Peraduan dan/atau membatalkan/menamatkan Peraduan pada bila-bila masa atau melanjutkanTempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan secara automatik akan terbatal.
3. Untuk menyertai Peraduan:
a) Para Peserta dikehendaki membeli mana-mana produk RASAKU bernilai RM15 dalam satu resit di mana-mana kedai atau pasar raya yang turut serta dalam Tempoh Peraduan. Setiap resit melayakkan Peserta untuk menghantar satu (1) penyertaan Rasaku “Facebook page”
b) Hantar butiran berikut melalui Rasaku Facebook messenger, disediakan oleh Penganjur HANYA untuk menerima penyertaan yang dihantar oleh Peserta:
i. Gambar jelas seluruh resit bercetak tunggal asal;
ii. Nombor Kad Pengenalan;
iii. Nama penuh seperti Kad Pengenalan.
c) Simpan resit bercetak asal bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan butiran resit yang sepadan dengan penyertaan Facebook messenger sebagai bukti pembelian (“Bukti Pembelian”).
d) Para Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan Rasaku Facebook messenger yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan butiran yang diperlukan dan Bukti Pembelian yang berlainan bagi setiap penyertaan.
e) Para Peserta tidak dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan Rasaku Facebook messenger dengan Bukti Pembelian yang sama kepada pihak Penganjur.
f) Hanya resit-resit bercetak asal akan diterima. Salinan resit dan resit cetak semula tidak akan diterima. Resit-resit yang sukar dibaca, rosak, diubah, disalin semula, diperolehi
secara tidak sah, tersalah cetak dan/atau tidak mengandungi maklumat yang diperlukan adalah tidak sah dan tidak akan diterima.
g) Peraduan akan bermula pada jam 12:00 pagi 1 Ogos dan berakhir pada jam 11:59 malam 16 september 2019.
h) TIADA perakuan penerimaan akan dihantar oleh Penganjur berkaitan semua penyertaan yang dikemukakan/dihantar oleh Peserta kepada Penganjur melalui Rasaku Facebook messenger. Sebarang pertanyaan/panggilan melalui talian ini tidak akan dilayan.
i) Pihak Penganjur tidak akan membayar balik kepada Peserta apa-apa caj yang dikenakan untuk menghantar penyertaan, jika ada.
j) Para Peserta hanya boleh menyertai Peraduan ini melalui Rasaku Facebook Page
k) Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Peraduan ini tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan mesej Rasaku Facebook dan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang Peraduan ini.
4. Cara pemilihan pemenang:
a) Hadiah Utama x3:
Para pemenang Hadiah Utama akan dipilih untuk gambar masakan Malaysia yang paling kreatif dengan produk Rasaku dan gambar yang mempunyai “likes” yang tertinggi. Para peserta juga Para pemenang akan dimaklum.
b) Hadiah Sagu Hati x 5
Para pemenang akan dimaklum.
c) Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya Peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih Peserta seterusnya sebagai pemenang. Sekiranya Peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan Peserta akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya Peserta-peserta tidak dapat
dihubungi atas sebarang sebab.
5. Hadiah-hadiah Peraduan:
a) Hadiah Utama x 3: Pulau Krabi, Pulau Bali and Pulau Langkawi
i. Hadiah Percutian ke Pulau Krabi bernilai RM3000
ii. Hadiah Percutian ke Pulau Bali bernilai RM2000
iii. Hadiah Percutian ke Pulau Langkawi RM1000
b) Hadiah Sagu Hati x 5: Telefon bimbit OPPO A3s
c) Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah Utama atau (5) Hadiah Sagu Hati
d) Hadiah Utama tidak termasuk insurans, pendaftaran, kos paspot,wang perbelanjaan peribadi dan cukai jalan, di mana kos-kos tersebut akan ditanggung oleh pemenang.
e) Kesemua hadiah Peraduan mestilah dituntut oleh pemenang atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh pemberitahuan. Semua hadiah yang gagal dituntut enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.
f) Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang lebih kurang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.
6. Semua kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk Peraduan dan untuk menebus hadiah adalah tanggungjawab Peserta dan pemenang sepenuhnya.
7. Para Peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan ini dan penggunaan hadiah-hadiah.
8. Dengan menyertai Peraduan ini, para Peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap Peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.
9. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan Peserta. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan Peserta. Dengan mengemukakan maklumat peribadi Peserta, pihak Penganjur menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur dan/atau agen -agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya Maklumat Peserta tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.
10. Dengan menyertai Peraduan ini, para Peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.
11. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para Peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.
12. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.