Rasaku Lagi bukan sekadar penambahbaikan produk, ia adalah komitmen terhadap kelimpahan. Nama “Lagi” melambangkan nilai tambahan dan kualiti unggul yang mengangkat hidangan biasa menjadi sebuah jamuan.
Saiz Pembungkusan: 1000ml & 200ml
Keistimewaan Aroma yang membangkitkan selera dengan tekstur yang sangat kaya dan berkrim. Sesuai walaupun untuk tukang masak pemula.
Sayanggg….Nak Lagi!
Serba boleh, dari hidangan berempah ke manisan yang memikat!
Masakan Lauk-Pauk:
Sesuai untuk Masak Lemak Cili Api, Rendang, dan juga Sambal Tumis untuk rasa yang lebih berlemak.
Pemanis Mulut & Kuih-Muih:
Nak buat Pengat Pisang, Bubur Kacang, atau Kuih Seri Muka? Inilah rahsia untuk tekstur yang halus dan lemak manis.

